Judul : Nyawa Melayang Selepas Ambil ‘Cendawan Ajaib’
link : Nyawa Melayang Selepas Ambil ‘Cendawan Ajaib’
Nyawa Melayang Selepas Ambil ‘Cendawan Ajaib’
DENPASAR – Seorang warga Singapura berusia 23 tahun meninggal dunia dalam keadaan tragik selepas terjatuh dari bilik hotelnya di pulau peranginan popular Bali, Indonesia.
Pelajar berkenaan, yang dikenal pasti oleh media Indonesia sebagai Ong Chee Seng, dilaporkan terjatuh dari Hotel Terrace di Badung, Bali, pada hujung minggu lalu.
Laman berita Indonesia, Tribun Bali pada Isnin melaporkan bahawa Chee Seng telah mengambil ‘magic mushroom’ (cendawan ajaib) yang mempunyai kesan khayal dan halusinasi dengan cara memasukkannya ke dalam jus oren.
Mayatnya kemudian ditemui di lorong belakang Hotel Akmani, Jalan Legian Kuta Badung sebelum dibawa pihak berkuasa ke hospital BIMC di Kuta untuk proses bedah siasat.
Jurucakap Kementerian Luar Singapura memberitahu akhbar The Straits Times pada malam Isnin bahawa Kedutaan Singapura di Jakarta “memberikan bantuan konsular kepada keluarga warga Singapura yang sudah meninggal dunia.” – mStar Online
Itulah Nyawa Melayang Selepas Ambil ‘Cendawan Ajaib’
Kami cukupkan dulu artikel Nyawa Melayang Selepas Ambil ‘Cendawan Ajaib’ di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.
Telah selesai dibaca Nyawa Melayang Selepas Ambil ‘Cendawan Ajaib’ link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/05/nyawa-melayang-selepas-ambil-cendawan_9.html
0 Response to "Nyawa Melayang Selepas Ambil ‘Cendawan Ajaib’"
Posting Komentar