Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan

Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Malaysia, Artikel Mystery, Artikel Opinion, Artikel Travel, Artikel Trending, Artikel Unik, Artikel Viral, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan
link : Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan

Baca juga


Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan


SEORANG pelajar perempuan terkejut apabila diarahkan untuk menanggalkan pakaian dalamnya atau baju dalam sebelum menduduki peperiksaan memasuki kolej perubatan terkemuka di India.

Stesen tempatan NDTV melaporkan, pelajar berusia 18 tahun itu diminta untuk berbuat demikian susulan pihak sekolah bimbang berlakunya penipuan semasa peperiksaan di Kerala, India.

Pelajar yang enggan dikenal pasti itu memberitahu media, dia berada di pusat ujian di Kerala, India pada Ahad lalu apabila alat pengesan logam berbunyi semasa pemeriksaan dilakukan.

“Pada masa itu, mereka memberitahu saya tidak boleh memasuki dewan peperiksaan tanpa menanggalkan pakaian dalam.

“Alat pengesan itu berbunyi kerana cangkuk baju dalam dibuat daripada bahan logam.

“Jadi saya menanggal baju dalam dan memberikan kepada emak saya yang menunggu di luar,” katanya yang sudah membuat persediaan tiga tahun untuk menduduki peperiksaan itu.

Pelajar itu mendakwa dia kehilangan keyakinan diri selepas terpaksa menanggalkan baju dalamnya di hadapan orang ramai.


Seorang lagi pelajar lain terpaksa menanggalkan butang pada seluar jeans apabila alat pengesan logam berbunyi.

Bapanya, Rajesh Nambiar terpaksa membuang butang pada seluar tersebut dengan menggunakan pisau cukur dan terpaksa membeli pakaian baru untuk anaknya di kedai yang terletak tiga kilometer dari sekolah.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan kod pakaian yang ketat dalam usaha menangani penipuan dalam ujian untuk memasuki kolej perubatan terkemuka di India.

Bagaimanapun, kod pakaian itu tidak menyebut baju dalam dalam senarai yang dilarang pada tahun ini yang merangkumi pakaian gelap, lengan panjang, kerongsang, lencana, kasut tertutup dan sarung kaki.

Sementara itu, pengetua sekolah tersebut, Jalaluddin K berkata, dia tidak tahu tentang kejadian tersebut tetapi mengakui sekolah berkenaan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.

“Kami mendapat arahan yang jelas iaitu apabila alat pengesan logan itu berbunyi, pelajar perlu menanggalkan barang yang menyebabkan alat tersebut berbunyi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Itulah Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan

Kami cukupkan dulu artikel Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/05/pelajar-dipaksa-buka-coli-sebelum.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelajar Dipaksa Buka Coli Sebelum Peperiksaan"

Posting Komentar