AWAS Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Utama – JPJ

AWAS Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Utama – JPJ - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul AWAS Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Utama – JPJ, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : AWAS Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Utama – JPJ
link : AWAS Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Utama – JPJ

Baca juga


AWAS Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Utama – JPJ

Semalam Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menyatukan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) telah diumumkan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 15 April ini.

Sebelum ini terdapat laporan yang menyebut ini akan dimulakan dengan dua kesalahan iaitu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu merah. Kesemua pengguna jalan raya akan bermula dengan diberikan 20 mata, dan lesen mereka akan digantung sekiranya kesemua mata telah ditolak (saman juga akan diberikan pada setiap kesalahan dilakukan).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron memaklumkan, sebanyak 23 kesalahan jalan raya akan dimasukkan dalam AWAS di bawah sistem mata demerit, secara berperingkat menjelang akhir tahun ini, laporan Berita Harian.

“Ia bermula dengan kesalahan memandu melebihi had laju dan pelanggaran lampu merah, yang akan dikuatkuasa pada 15 April ini. Selain itu, kesalahan ingkar arahan pegawai penguatkuasa seperti polis, pegawai JPJ, dan warden lalu lintas, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal juga akan dikuatkuasa secara berperingkat,” ujarnya dalam sidang media mengenai Pelaksanaan Sistem Mata Demerit 2017 hari ini.

Tambah beliau, antara kesalahan lain yang akan dikenakan mata demerit ialah membawa lebih muatan daripada had ditetapkan dan muatan terjatuh atau tumpah sehingga menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Malahan pihak JPJ menjangkakan semua kesalahan ini akan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Setakat ini, sebanyak 14 kamera AES telah dipasang di seluruh negara, tetapi angkanya akan meningkat “dari masa ke masa,”.

Bulan lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata melalui pelaksanaan gabungan AWAS dan KEJARA itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Katanya kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan penguatkuasaan dan undang-undang jalan raya memandangkan kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat.



Itulah AWAS Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Utama – JPJ

Kami cukupkan dulu artikel AWAS Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Utama – JPJ di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca AWAS Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Utama – JPJ link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/awas-senarai-23-kesalahan-jalan-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AWAS Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Utama – JPJ"

Posting Komentar