Falcao Kembali Temui Rentak

Falcao Kembali Temui Rentak - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Falcao Kembali Temui Rentak, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Falcao Kembali Temui Rentak
link : Falcao Kembali Temui Rentak

Baca juga


Falcao Kembali Temui Rentak

PEMAIN pasukan Monaco, Radamel Falcao meraikan selepas menjaringkan gol pada kejohanan Liga Perancis di Stadium Raymond Kopa, Angers, Perancis. – Foto Reuters

PARIS: Radamel Falcao menjaringkan gol tunggal ketika Monaco mengukuhkan kedudukan di puncak Ligue 1, Perancis menerusi kemenangan 1-0 ke atas Angers pada penampilan pertamanya selepas enam minggu tersisih.

Gol Falcao tiba selepas sejam perlawanan berlangsung dengan kemenangan itu turut mengakhiri prestasi baik Angers di Stade Raymond Kopa.

Monaco kini mengharungi 13 perlawanan Ligue 1 tanpa kalah dan memberi mereka kelebihan empat mata di puncak liga mengatasi Nice yang menang 2-1 menewaskan Lille, semalam selain kelebihan kurang satu perlawanan.

Penyandang juara, Paris Saint-Germain (PSG) yang menewaskan Monaco 4-1 minggu lalu pada aksi final Piala Liga boleh mencantas kembali kedudukan itu kepada tiga mata jika menang di laman sendiri menentang Guingamp, awal pagi esok.

Bagi Monaco, ia adalah persiapan sempurna menjelang pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Borussia Dortmund di Jerman, Rabu ini dan kekal di landasan tepat untuk memenangi gelaran Perancis yang kali terakhir dijulang pada 2000.

Kunjungan Monaco ke laman Angers yang turut beraksi di pentas separuh akhir Piala Perancis jelas sukar dengan lawan memiliki pemain bertubuh besar, kuat dan bercorak fizikal selain tidak pernah tewas di laman sendiri sejak Disember tahun lalu.

Jardim menurunkan Falcao dalam kesebelasan utamanya buat pertama kali sejak lewat Februari lalu untuk penyerang Colombia itu membuktikan kecergasannya menjelang pertemuan dengan Dortmund.

Kelibat pemain remaja sensasi, Kylian Mbappe yang bergandingan dengan Falcao hampir meletakkan Monaco di depan namun gol yang diharapkan hanya muncul pada minit ke-61.

Falco menyempurnakan hantaran Nabil Dirar apabila merembat masuk pada jarak 12 kaki (tiga meter) untuk meledak gol ke-17 dalam liga dan gol ke-25 dalam semua kejohanan.

Sementara itu, peluang Lyon untuk memburu kedudukan tiga teratas liga lebur selepas tewas 4-1 di laman sendiri kepada kelab bergelut, Lorient. – AFP



Itulah Falcao Kembali Temui Rentak

Kami cukupkan dulu artikel Falcao Kembali Temui Rentak di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Falcao Kembali Temui Rentak link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/falcao-kembali-temui-rentak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Falcao Kembali Temui Rentak"

Posting Komentar