Frankfurt Bangkit Ikat Bremen

Frankfurt Bangkit Ikat Bremen - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Frankfurt Bangkit Ikat Bremen, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Frankfurt Bangkit Ikat Bremen
link : Frankfurt Bangkit Ikat Bremen

Baca juga


Frankfurt Bangkit Ikat Bremen

PEMAIN daripada pasukan Frankfurt, Mijat Gacinovic (kiri) beraksi dengan pihak lawan pasukan Bremen, Theodor Gebre Selassie ketika perlawanan pertengahan Bundesliga, awal pagi tadi di Jerman. – Foto EPA

FRANKFURT: Eintracht Frankfurt bangkit daripada ketinggalan mengikat Werder Bremen 2-2 meninggalkan kedua-dua pasukan kekal di kelompok pertengahan Bundesliga, awal pagi tadi.

Keputusan jelas tidak memihak Bremen yang sebelum ini mencatat enam kemenangan dan sekali seri dalam tujuh perlawanan terakhir apabila mendahului 2-0 sebelum Frankfurt bangkit menyamakan kedudukan.

Beraksi di laman sendiri, Frankfurt terlepas beberapa peluang untuk memecah kebuntuan dengan cubaan pertahanan Argentina, David Abraham menggegar tiang manakala rembatan penyerang Sweden, Branimir Hrgota sedikit tersasar.

Selepas itu, penjaga gol Bremen, Felix Wiedwald beraksi cemerlang apabila berjaya mematahkan cubaan daripada pemain Serbia, Mijat Gacinovic dan Hrgota.

Bremen menjaringkan gol pada cubaan tepat pertama mereka tujuh minit sebelum rehat apabila hantaran Florian Kainz disambar Zlatko Junuzovic menerusi voley sebelum Fin Bartels meledak gol kedua, dua minit sebelum rehat.

Tiga minit selepas babak kedua bersambung, Abraham merapatkan kedudukan menerusi tandukan berpunca daripada sepakan sudut sebelum Marco Fabian menyamakan kedudukan menerusi penalti pada minit ke-73.

Frankfurt memperoleh penalti selepas pertahanan Bremen, Niklas Moisander menjatuhkan Hrgota.

“Ia adil buat Frankfurt. Mereka bermain dengan amat baik dan layak untuk meraih mata,” kata Junuzovic dengan Frankfurt menghuni tangga ketujuh liga manakala Bremen ke-10.

AP



Itulah Frankfurt Bangkit Ikat Bremen

Kami cukupkan dulu artikel Frankfurt Bangkit Ikat Bremen di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Frankfurt Bangkit Ikat Bremen link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/frankfurt-bangkit-ikat-bremen.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Frankfurt Bangkit Ikat Bremen"

Posting Komentar