Jururawat dilapor diculik rupanya pergi nikah di Siam

Jururawat dilapor diculik rupanya pergi nikah di Siam - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Jururawat dilapor diculik rupanya pergi nikah di Siam, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Malaysia, Artikel Mystery, Artikel Opinion, Artikel Travel, Artikel Trending, Artikel Unik, Artikel Viral, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Jururawat dilapor diculik rupanya pergi nikah di Siam
link : Jururawat dilapor diculik rupanya pergi nikah di Siam

Baca juga


Jururawat dilapor diculik rupanya pergi nikah di Siam


Jururawat yang dilaporkan diculik bekas tunangnya, dijumpai di Kedah dan didapati sudah berkahwin dengan lelaki terbabit. 

Sehubungan itu polis menolak dakwaan bahawa jururawat itu diculik seperti yang viral di laman sosial sejak minggu lalu. 

Ketua Polis, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata jururawat berusia 30-an dan lelaki berusia 40 tahun, ditahan dengan kerjasama Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar, semalam. 

Katanya, hasil siasatan awal, jururawat itu mengaku keluar rumah bersama suspek secara rela hati untuk mengikut suspek berkahwin di Thailand. 

"Mangsa kemudian tinggal di rumah ibu angkatnya di Pendang, Kedah sejak 30 Mac lalu dan sudah berkahwin dengan suspek di Thailand pada Isnin lalu. 

"Mangsa turut menyatakan bahawa tiada kejadian culik dan ugutan bunuh sepanjang kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 


Pada 31 Mac lalu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung anak perempuannya yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini hilang. 

Susulan kejadian itu, satu pesanan ringkas berkenaan kehilangan jururawat itu menjadi viral melalui aplikasi WhatsApps yang menyatakan mangsa diculik dan diugut bunuh menyebabkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 363/342 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan orang dan kurungan salah. - BHonline


Itulah Jururawat dilapor diculik rupanya pergi nikah di Siam

Kami cukupkan dulu artikel Jururawat dilapor diculik rupanya pergi nikah di Siam di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Jururawat dilapor diculik rupanya pergi nikah di Siam link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/jururawat-dilapor-diculik-rupanya-pergi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jururawat dilapor diculik rupanya pergi nikah di Siam"

Posting Komentar