Leicester Tambah Derita Moyes

Leicester Tambah Derita Moyes - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Leicester Tambah Derita Moyes, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Leicester Tambah Derita Moyes
link : Leicester Tambah Derita Moyes

Baca juga


Leicester Tambah Derita Moyes

PEMAIN gantian Leicester City, Marc Albrighton (kiri) diasak pemain Sunderland, Didier Ibrahim Ndong pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. – Foto AP

LEICESTER: Leicester City memasuki zon selamat Liga Perdana Inggeris (EPL) sambil menambah derita Pengurus Sunderland, David Moyes selepas menang 2-0 ke atas kelab bergelut itu, awal pagi tadi.

Craig Shakespeare kini sudah mengumpul lima kemenangan selaku pengurus Leicester dengan kedua-dua gol dijaringkan pemain gantian, Islam Slimani dan penyerang England, Jamie Vardy pada babak kedua.

Tindakan Shakespeare memasukkan dua pemain gantian, Slimani dan Marc Albrighton selepas waktu rehat jelas keputusan yang tepat dengan gandingan kedua-duanya menghasilkan gol pembukaan pada minit ke-69.

Albrighton sekali lagi beraksi cemerlang apabila gerakannya menjadi punca kepada gol kedua menerusi Vardy sekali gus membawa penyandang juara itu sembilan mata daripada zon penyingkiran.

Begitupun, ia satu lagi malam yang mengecewakan buat Moyes sepanjang minggu ini selepas dipalit dengan kontroversi apabila mengancam untuk menampar seorang wartawan wanita.

Bekas pengurus Manchester United itu sebelum ini mendapat sokongan Sunderland beberapa jam sebelum perlawanan namun kekalahan meninggalkan kelab itu di kedudukan tercorot liga berbaki lapan perlawanan.

Pada perlawanan itu, Leicester bermula garang apabila hampir membuka tirai jaringan seawal minit keempat berpunca gerakan dimulakan Demarai Gray namun Shinji Okazaki yang membuat tindakan susulan menyepak liar.

Pelawat selepas itu memperoleh peluang apabila Didier N’Dong memberikan hantaran menarik tepat ke kepala Seb Larsson namun pertahanan Leicester, Danny Simpson melakukan aksi menyelamat baik untuk menggagalkan cubaan berkenaan.

Leicester ketika ini menghuni tangga ke-10 liga selepas mengumpul 36 mata daripada 30 perlawanan.

AFP



Itulah Leicester Tambah Derita Moyes

Kami cukupkan dulu artikel Leicester Tambah Derita Moyes di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Leicester Tambah Derita Moyes link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/leicester-tambah-derita-moyes.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Leicester Tambah Derita Moyes"

Posting Komentar