Liga Perdana: NS Kukuh Cengkaman Di Puncak

Liga Perdana: NS Kukuh Cengkaman Di Puncak - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Liga Perdana: NS Kukuh Cengkaman Di Puncak, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Liga Perdana: NS Kukuh Cengkaman Di Puncak
link : Liga Perdana: NS Kukuh Cengkaman Di Puncak

Baca juga


Liga Perdana: NS Kukuh Cengkaman Di Puncak

PEMAIN Negeri Sembilan, Bruno Suzuki (kanan) bersaing dengan pemain ATM, Beomgeun Bae dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban. – Foto Hazreen Mohamad

SEREMBAN: Negeri Sembilan (NS) terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana apabila menjinakkan ATM 1-0 pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, sebentar tadi.

Penyerang import tuan rumah dari Croatia, Marco Simic muncul wira skuad Hobin Jang Hobin apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Pada minit-minit awal, kubu NS dilihat menerima ancaman dari jentera serangan ATM terutama menerusi Venic Elphi dan Beomgeon Bae, namun pertahanan tuan rumah cekal menutup ruang.

Jelas pada awal permainan, pemain tuan rumah seolah-olah ‘lambat panas’ apabila gerakan mereka dilihat kurang menjadi. Hanya selepas 15 minit, tuan rumah mula menguji kubu pelawat.

Sebaik mendapat rentak, tuan rumah melakukan beberapa gerakan menarik ke arah pintu gol pelawat terutama menerusi ayam tambatan, Bruno Suzuki dan Marko Simic, namun gagal menepati sasaran.

Malah beberapa gerakan yang dicetuskan dari bahagian tengah kurang berkesan dan mudah dipatahkan pertahanan The Gladiators.

Negeri Sembilan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi gerakan satu dua Suzuki dengan Simic, namun rembatan Simic tepat ke dakapan penjaga gol pelawat, Mohd Hafizudin Azuhar.

Sebaik aksi bersambung, pemain Hobin Jang Hobin bertindak lebih agresif dan peluang terbaik hadir pada minit ke-56, namun hantaran lintang Simic ke depan pintu gol gagal disambar tepat Lee Andrew Tuck.

Anak buah Mohd Asri Ninggal yang tidak berputus asa akhirnya memecah kebuntuan apabila Simic menebus kesilapan dengan memanfaatkan suasana kelam kabut untuk menguis masuk gol tunggal pada minit ke-65.

Jaringan itu membangkitkan semangat pemain NS apabila terus mencari gol dan pada minit ke-88, mereka hampir mengukuhkan kedudukan tetapi tandukan Suzuki tepat ke arah Mohd Hafizudin.



Itulah Liga Perdana: NS Kukuh Cengkaman Di Puncak

Kami cukupkan dulu artikel Liga Perdana: NS Kukuh Cengkaman Di Puncak di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Liga Perdana: NS Kukuh Cengkaman Di Puncak link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/liga-perdana-ns-kukuh-cengkaman-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Liga Perdana: NS Kukuh Cengkaman Di Puncak"

Posting Komentar