Litar Antarabangsa Sepang Bukan Hanya Perlumbaan F1 – Pengerusi SIC

Litar Antarabangsa Sepang Bukan Hanya Perlumbaan F1 – Pengerusi SIC - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Litar Antarabangsa Sepang Bukan Hanya Perlumbaan F1 – Pengerusi SIC, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Litar Antarabangsa Sepang Bukan Hanya Perlumbaan F1 – Pengerusi SIC
link : Litar Antarabangsa Sepang Bukan Hanya Perlumbaan F1 – Pengerusi SIC

Baca juga


Litar Antarabangsa Sepang Bukan Hanya Perlumbaan F1 – Pengerusi SIC

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bukan hanya bagi penganjuran perlumbaan Formula satu (FI), dan Sepang International Circuit Sdn Bhd akan mempromosi lebih banyak sukan permotoran di venue berkenaan, kata pengerusinya Tan Sri Azman Yahya.

“Kerjasama kami dengan F1 telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Sepang, industri sukan permotoran dan sektor pelancongan sukan Malaysia.

“F1 memainkan peranan penting sejak adanya SIC. Kita jauh berkembang dalam tempoh dua dekad lepas,” kata Azman mengenai kedudukan Grand Prix F1 Malaysia dan pelan pembangunan SIC, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan media hari ini berkata kontrak penganjuran F1 ditamatkan bermula tahun depan berikutan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding kos penganjuran perlumbaan itu.

Azman menjelaskan perbincangan berhubung keputusan tersebut telah dilakukan sejak tahun lepas.

“Kami sudah meneliti perkara ini secara terperinci…kita lakukan analisa kos, kita kaji pro dan kontra mengenai keputusan ini. Malah, kita menjalankan kajian menyeluruh sebelum kita memperbaharui kontrak.

“Keputusan ini dibuat dengan persetujuan bersama antara SIC dan FOM

(Formula One Management). Kontrak ini membolehkan penamatan awal dengan persetujuan bersama. Jadi, kedua-dua pihak telah bersetuju,” kata Azman.

Beliau berkata tiada penalti dikenakan terhadap Malaysia berikutan penamatan kontrak tersebut.

Malaysia telah menganjurkan Grand Prix F1 selama 19 tahun sejak perlumbaan sulung pada 1999.

Azman berkata peruntukan bagi penganjuran perlumbaan F1 akan disalurkan kepada program pembangunan SIC dan menaik taraf kemudahan di litar berkenaan.

“Antara pelan pembangunan segera SIC adalah memasang sistem lampu bagi aktiviti perlumbaan waktu malam. Kami bercadang memasang lampu limpah LED dengan purata 50 lux. Ini akan membolehkan penggunaan litar itu pada waktu malam.

“Ia bukan sistem lampu untuk F1, bukan bagi perlumbaan antarabangsa, tetapi sudah cukup untuk membekalkan cahaya kepada keseluruhan litar. Ia sesuai bagi acara trek, ujian tayar dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau berkata SIC juga mempunyai pelan komprehensif untuk mengubah litar berkenaan kepada pelbagai guna, iaitu sebagai hab pendidikan dan hiburan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Berikutan pelan-pelan yang dirancang itu, kita akan terus menjadi venue penting bagi sukan permotoran pada tahun-tahun akan datang,” kata Azman.

— BERNAMA



Itulah Litar Antarabangsa Sepang Bukan Hanya Perlumbaan F1 – Pengerusi SIC

Kami cukupkan dulu artikel Litar Antarabangsa Sepang Bukan Hanya Perlumbaan F1 – Pengerusi SIC di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Litar Antarabangsa Sepang Bukan Hanya Perlumbaan F1 – Pengerusi SIC link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/litar-antarabangsa-sepang-bukan-hanya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Litar Antarabangsa Sepang Bukan Hanya Perlumbaan F1 – Pengerusi SIC"

Posting Komentar