Malaysia Ke-11 Indeks Persaingan Global Pengangkutan WEF

Malaysia Ke-11 Indeks Persaingan Global Pengangkutan WEF - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Malaysia Ke-11 Indeks Persaingan Global Pengangkutan WEF, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Malaysia Ke-11 Indeks Persaingan Global Pengangkutan WEF
link : Malaysia Ke-11 Indeks Persaingan Global Pengangkutan WEF

Baca juga


Malaysia Ke-11 Indeks Persaingan Global Pengangkutan WEF

MALAYSIA kini berada di ranking ke-11 dalam kalangan 138 negara dalam Indeks Persaingan Global 2016-2017 Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai bidang pengangkutan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia kini berada di ranking ke-11 dalam kalangan 138 negara dalam Indeks Persaingan Global 2016-2017 Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai bidang pengangkutan.

Beliau berkata dalam ranking itu, ia mengenal pasti pengguna Malaysia menikmati nilai wang yang berbaloi dalam perjalanan harian mereka, mengatasi rakyat Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Ini adalah hasil langsung yang kerajaan sumbangkan, tetapi itu bukanlah keseluruhannya, katanya dengan menjanjikan masa depannya yang lebih baik.

“Ia juga adalah pengiktirafan dari usaha dan polisi kerajaan pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat,” kata Najib dalam posting terbaharu blog beliau.

Perdana Menteri berkata perhubungan untuk rakyat menerusi pengangkutan berkualiti dan mampu bayar adalah tanda ikhlas dan dekat di hatinya.

“Hari ini, hasil perancangan yang teliti dan berpandangan jauh, rakyat Malaysia mendapat manfaat hasil daripada penggunaan Aliran Transit Massa (MRT) menerusi kejayaan pelancaran fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang pada Disember lalu,” kata Najib.

Beliau berkata tidak lama lagi, rakyat akan lebih berhubungan dengan siapnya MRT, Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dan Rel Berkelajuan Tinggi KL-Singapura.

Perdana Menteri menekankan walaupun kerajaan menyediakan infrastruktur berkelas dunia kepada rakyatnya, ia mesti juga insklusif dalam dasarnya.

“Saya percaya tiada sesiapa yang mesti ketinggalan dan sebab itu kita terus maju dengan projek infrastruktur mega seperti Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak, selain Laluan Rel Pantai Timur di Semenanjung,” katanya.

Najib menyifatkan projek-projek itu yang akan siap pada pertengahan penggal sebagai pengubah strategi.

“Insya-Allah, mereka akan mengubah landskap sosio-ekonomi Malaysia dan cara rakyat kita hidup, bekerja, mengembara dan melakukan urusan. Saya teruja dengan masa depan negara kita,” tambah beliau. – BERNAMA



Itulah Malaysia Ke-11 Indeks Persaingan Global Pengangkutan WEF

Kami cukupkan dulu artikel Malaysia Ke-11 Indeks Persaingan Global Pengangkutan WEF di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Malaysia Ke-11 Indeks Persaingan Global Pengangkutan WEF link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/malaysia-ke-11-indeks-persaingan-global.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia Ke-11 Indeks Persaingan Global Pengangkutan WEF"

Posting Komentar