MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun

MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun
link : MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun

Baca juga


MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menegaskan, umur persaraan pekerja tidak perlu ditingkatkan dan kekal kepada 60 tahun.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan menjelaskan, sebarang usaha untuk menaikkan umur persaraan hanya boleh dilakukan secara sukarela bagi pihak majikan mahupun pekerja.

“Saya lebih gemar untuk tidak meningkatkan umur bersara mandatori yang ada kerana saya lebih gemar ia dikekalkan pada 60 tahun dan apa juga pekerjaan yang melebihi 60 tahun itu adalah di atas sukarela di antara pekerja dan majikan sendiri,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui penggunaan pekerja melebihi usia pencen boleh mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing.

Dalam pada itu, katanya, polisi dan insentif tertentu termasuk pengecuali cukai harus diberikan kepada pekerja yang secara sukarela bekerja pada usia melebih 60 tahun.

“Pada hemat saya mereka telah bayar cukai bekerja semasa muda sehingga bersara dan ini akan menggalakkan warga emas bekerja dan untuk majikan yang mengambil warga emas kerja harus diberi cukai contoh insentif double tax deduction (tolakkan cukai berganda) kepada warga emas,” tambahnya.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata cadangan menaikkan umur persaraan lebih daripada 60 tahun perlu dikaji secara mendalam.

Katanya, ketika ini kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan umur persaraan mandatori itu yang dilaksanakan sejak 2012.



Itulah MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun

Kami cukupkan dulu artikel MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/mef-sokong-jika-umur-persaraan-kekal-60.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun"

Posting Komentar