Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia

Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia
link : Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia

Baca juga


Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia

LANGKAWI: Penerapan dan penekanan bahasa Arab dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia dapat membantu memberi impak positif terhadap negara ini.

Timbalan Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (PIPA), Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Azhar Ahmad berkata bahasa Arab dan pendidikan Islam merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan kerana asas dalam pendidikan agama adalah Al-Quran dan Sunnah yang mana kedua-duanya disampaikan dalam bahasa itu.

“Jika kita boleh menguasai bahasa Arab dengan baik maka kita mampu memahami agama dengan baik dan lebih tepat”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis pelancaran Seminar Penerapan Bahasa Arab Dalam Pengajaran di Malaysia anjuran ISESCO Malaysia dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Langkawi.

Azhar berkata keperluan bahasa Arab tidak tertumpu dalam bidang pendidikan sahaja, tetapi juga menjadi satu asas yang sangat penting dalam semua aspek kehidupan selain hubungan antara negara.

“Penguasaan bahasa Arab menjadi satu kemahiran yang sangat diperlukan dari sudut ekonomi dalam usaha untuk mengembangkan lagi jalinan antara ekonomi negara dengan negara-negara Arab yang mempunyai daya beli yang sangat tinggi.

“Ini merupakan satu peluang sangat baik untuk generasi muda di Malaysia untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab bukan sahaja dari segi penulisan dan pembacaan bahkan yang paling penting adalah komunikasi”, katanya.

Seminar yang berlangsung selama lima hari bermula 3-7 April ini dihadiri oleh kira-kira 125 peserta yang terdiri daripada guru-guru dan pegawai dalam bidang pendidikan bahasa Arab dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, China, Thailand, Kemboja, dan Vietnam.

Seminar berkenaan antara lain juga bertumpu kepada prospek kerjasama pendidikan dalam pelajaran bahasa Arab, peluang kerjasama akademik antara pusat dan institusi pendidikan khusus dalam bahasa Arab di negara-negara Asia Tenggara. – BERNAMA



Itulah Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia

Kami cukupkan dulu artikel Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/penerapan-bahasa-arab-dalam-sistem.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia"

Posting Komentar