Penyu Benam Badak Di Kuala Terengganu

Penyu Benam Badak Di Kuala Terengganu - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Penyu Benam Badak Di Kuala Terengganu, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Penyu Benam Badak Di Kuala Terengganu
link : Penyu Benam Badak Di Kuala Terengganu

Baca juga


Penyu Benam Badak Di Kuala Terengganu

PEMAIN Terengganu, Muhd Sharin Sapien (kiri) diasak pemain Sabah, Jenius Karib (kanan) pada aksi perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengutip mata penuh di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi, selepas membenam Sabah 2-0.

Begitupun sebelum permainan bermula, skuad Penyu terpaksa membuat pertukaran awal apabila pemain importnya, Lutfulla Turaev mengalami kecederaan dan digantikan dengan Muhammad Sharin Sapien.

Pada minit ketujuh, Sabah hampir membuka jaringan akibat kesilapan benteng pertahanan. Namun penjaga gol, Muhamad Syazwan Yusof menyekat kemaraan penyerang import pelawat, Jonathan Henri Desire William Behe.

Tidak mahu kalah, penjaga gawang Sabah, Rozaimie Rohim juga bertindak cemerlang menepis keluar sepakan lambung Issey Nakajima Farran, dua minit selepas itu.

Namun gawang Sabah yang dikawal Rozaimi akhirnya bolos menerusi sepakan percuma Mohd Faiz Mohd Nasir yang menerjah jaring minit pada minit ke-32.

Dua minit selepas itu, Terengganu sepatutnya menambah gol kedua, namun rembatan Muhd Ferris Danial Mat Nasir diselamatkan Rozaimi dan keputusan itu kekal di akhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Terengganu mengukuhkan kedudukan kepada 2-0 apabila pemain import pertahanan, Lazaro Vinicius menanduk masuk hasil sepakan percuma Adib Aizuddin Ab Latif pada minit ke-51.

Sabah yang dibimbing Jelius Ating tidak berputus asa memburu jaringan, namun mendapati benteng pertahanan tuan rumah sukar ditembusi.

Tiga minit sebelum saingan berakhir, palang gol menjadi penyelamat Sabah hasil sepakan percuma Nakajima Farran, sebelum pengadil Muhd Rahmat Jantan melayangkan kad merah terhadap pertahanan Sabah, Dendy Lowa kerana memijak Nakajima Farran.



Itulah Penyu Benam Badak Di Kuala Terengganu

Kami cukupkan dulu artikel Penyu Benam Badak Di Kuala Terengganu di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Penyu Benam Badak Di Kuala Terengganu link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/penyu-benam-badak-di-kuala-terengganu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penyu Benam Badak Di Kuala Terengganu"

Posting Komentar