Santokh Hargai Pentas Pemain Muda Pamer Bakat

Santokh Hargai Pentas Pemain Muda Pamer Bakat - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Santokh Hargai Pentas Pemain Muda Pamer Bakat, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Santokh Hargai Pentas Pemain Muda Pamer Bakat
link : Santokh Hargai Pentas Pemain Muda Pamer Bakat

Baca juga


Santokh Hargai Pentas Pemain Muda Pamer Bakat

SANTOKH (tengah) bersama pemain Soccer Star FC yang muncul juara Karnival Bola Sepak 7-sepasukan Perpaduan-Samba Bola B12 di Kota Damansara.

PETALING JAYA: Karnival Bola Sepak 7-sepasukan Perpaduan-Samba Bola B12 merebut Piala Datuk Santokh Singh di Padang Seksyen 7 di Kota Damansara baru-baru ini, memikat legenda pertahanan negara dan Selangor itu.

Karnival edisi kelima anjuran Kelab Sukan SportsUnite dan Kelab Bola Sepak Kota Damansara (KDFC) itu bermatlamat menghargai sumbangan Santokh dan menyediakan pentas buat pemain muda memperaga bakat dan semangat perpaduan.

Karnival tahun ini menggamit penyertaan 32 pasukan dari seluruh negara, walaupun penganjur mengenakan peraturan mendaftar dua kaum berbeza sebagai syarat utama.

“Karnival ini jelas memberi peluang kepada kanak-kanak merasai pengalaman sebenar perlawanan bola sepak, di samping menunjukkan kemahiran mereka.

“Terlalu banyak latihan tidak akan memberi sebarang motivasi dan sukar mengukur dan menggilap bakat mereka,” kata Santokh.

Pendapat bekas pertahanan kental negara itu diakui Pengerusi Kelab Bola Sepak Kota Damansara, Norizan Johar yang menyifatkan kehadiran Santokh memberi aspirasi baharu kepada pemain muda.

“KDFC berterima kasih kepada Santokh, SportsUnite dan penaja kerana memberi nilai tambah untuk menjayakan karnival tahunan ini,” kata Norizan.

Soccer Star FC muncul juara selepas menang 3-1 ke atas Osama FC menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat. Tempat ketiga dimenangi KDFC manakala Young Guns Academy di tempat keempat.

Anugerah penjaga gol terbaik menjadi milik Baikaki Rahman dari Osama FC, Khairul Syazwan (Soccer Star FC) dipilih sebagai pemain harapan manakala

pemain terbaik keseluruhan diraih Ahmad Suffian (KDFC).

Antara penaja kejohanan termasuk MILO, REVIVE, Majlis Sukan Negara (MSN), FIGOS dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.



Itulah Santokh Hargai Pentas Pemain Muda Pamer Bakat

Kami cukupkan dulu artikel Santokh Hargai Pentas Pemain Muda Pamer Bakat di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Santokh Hargai Pentas Pemain Muda Pamer Bakat link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/santokh-hargai-pentas-pemain-muda-pamer.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Santokh Hargai Pentas Pemain Muda Pamer Bakat"

Posting Komentar