Tan Sri, Anak Dan Pegawai JPS Direman Enam Hari Berkaitan Tuntutan Palsu Kepada JPS

Tan Sri, Anak Dan Pegawai JPS Direman Enam Hari Berkaitan Tuntutan Palsu Kepada JPS - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Tan Sri, Anak Dan Pegawai JPS Direman Enam Hari Berkaitan Tuntutan Palsu Kepada JPS, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Tan Sri, Anak Dan Pegawai JPS Direman Enam Hari Berkaitan Tuntutan Palsu Kepada JPS
link : Tan Sri, Anak Dan Pegawai JPS Direman Enam Hari Berkaitan Tuntutan Palsu Kepada JPS

Baca juga


Tan Sri, Anak Dan Pegawai JPS Direman Enam Hari Berkaitan Tuntutan Palsu Kepada JPS

PUTRAJAYA: Seorang usahawan bergelar ‘Tan Sri’ dan anak lelakinya antara enam orang yang direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka.

‘Tan Sri’ berumur 60-an itu ditahan di kediamannya di Johor kira-kira 10 pagi semalam manakala anaknya yang juga bekerja di syarikatnya merupakan suspek terbaharu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 malam tadi di Johor.

Tiga lagi yang direman untuk tempoh sama sehingga 11 April itu merupakan pegawai di JPS dan seorang pesara di jabatan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber SPRM, kesemua pegawai JPS yang ditahan disyaki bersubahat dengan Tan Sri itu yang merupakan pemilik syarikat dilantik untuk membekalkan alat ‘geotube’ bagi projek JPS, membabitkan kerja pemulihan sungai dengan menggunakan kaedah penggalian pada sekitar 2012.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang tinggi.

Sementara itu, tiga pemain bola sepak Malaysia Indian Football Association (MIFA) direman selama tujuh hari bermula hari ini disyaki mengambil rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Malaysia.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman denda lima kali ganda nilai suapan dan penjara 20 tahun.

Perintah tahanan reman itu bagi kedua-dua kes itu dikeluarkan Majistret A. Akhiruddin @ Boy Acho di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

— BERNAMA



Itulah Tan Sri, Anak Dan Pegawai JPS Direman Enam Hari Berkaitan Tuntutan Palsu Kepada JPS

Kami cukupkan dulu artikel Tan Sri, Anak Dan Pegawai JPS Direman Enam Hari Berkaitan Tuntutan Palsu Kepada JPS di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Tan Sri, Anak Dan Pegawai JPS Direman Enam Hari Berkaitan Tuntutan Palsu Kepada JPS link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/tan-sri-anak-dan-pegawai-jps-direman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tan Sri, Anak Dan Pegawai JPS Direman Enam Hari Berkaitan Tuntutan Palsu Kepada JPS"

Posting Komentar