Tidak Timbul Isu Kebanjiran Pekerja China Di Malaysia

Tidak Timbul Isu Kebanjiran Pekerja China Di Malaysia - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Tidak Timbul Isu Kebanjiran Pekerja China Di Malaysia, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Menarik, Artikel Sukan, Artikel Terkini, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Tidak Timbul Isu Kebanjiran Pekerja China Di Malaysia
link : Tidak Timbul Isu Kebanjiran Pekerja China Di Malaysia

Baca juga


Tidak Timbul Isu Kebanjiran Pekerja China Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan tidak berlaku kebanjiran pekerja dari China walaupun pelbagai kerjasama projek gergasi sedang diadakan bersama negara itu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, China kini merupakan negara ke-12 penyumbang pekerja asing terbesar di negara ini.

“Kita akan memastikan walaupun China membawa pelabur tetapi ia bukan mahu mendominasi perniagaan namun kerana kerjasama strategik yang mampu melahir dan menjana ekonomi negara.

“Keutamaan tetap akan diberikan kepada pekerja tempatan tetapi banyak sektor seperti pembinaan, peladangan dan ‘Dirty, Difficult and Dangerous’ atau 3D, mahu tidak mahu kita kena ambil pekerja dari negara lain,” katanya.

Richard menjawab soalan pertanyaan Ahli Parlimen Dungun (Pas) yang meminta Kementerian Sumber Manusia untuk menyatakan langkah- langkah jaminan pekerja tempatan selepas kemasukan pelabur-pelabur dari Negara China.

Dalam pada itu jelas Richard, seramai 2.1 juta pekerja asing berada di negara ini pada tahun 2015 dan jumlah itu menurun kepada 1.8 juta pada 2016.

“Kita menjangkakan penggunaan tenaga asing sebanyak 2.2 juta pada 2020.”

Sebelum ini, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahim & Co. (Rahim & Co), Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman menyifatkan, kemasukan pelabur asing khususnya China tidak perlu dibimbangi kerana kerajaan mempunyai peraturan dan undang-undang yang ketat bagi melindungi kepentingan rakyat tempatan.

Jelasnya, kenyataan-kenyataan negatif mengenai kemasukan pelabur China ke negara ini lebih berbaur politik sehingga menimbulkan pelbagai persepsi buruk.



Itulah Tidak Timbul Isu Kebanjiran Pekerja China Di Malaysia

Kami cukupkan dulu artikel Tidak Timbul Isu Kebanjiran Pekerja China Di Malaysia di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Tidak Timbul Isu Kebanjiran Pekerja China Di Malaysia link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/tidak-timbul-isu-kebanjiran-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tidak Timbul Isu Kebanjiran Pekerja China Di Malaysia"

Posting Komentar