Judul : Villarreal Hampiri Kelompok 4 Teratas La Liga
link : Villarreal Hampiri Kelompok 4 Teratas La Liga
Villarreal Hampiri Kelompok 4 Teratas La Liga
PEMAIN Athletic Bilbao, Inaki Williams (kanan) diasak pemain Villarreal, Jaume Costa pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium El Madrigal, Vila-real, awal pagi tadi. – Foto EPA
MADRID: Villarreal merapatkan jurang kepada empat mata di belakang pasukan tangga keempat, Sevilla dalam pemburuan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan susulan kemenangan 3-1 ke atas Athletic Bilbao, awal pagi tadi.
Gol daripada pemain pertahanan, Victor Ruiz meletakkan tuan rumah di depan sebelum pelawat menyamakan kedudukan menerusi Aymeric Laporte selepas 20 minit permainan bermula.
Villarreal kemudian meledak dua kali pada babak kedua bermula jaringan Cedric Bakambu diikuti gol Adrian Lopez pada minit ke-57.
PEMAIN Villarreal, Cedric Bakambu menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Athletic Bilbao pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium El Madrigal, Vila-real, awal pagi tadi. – Foto AFP
Tuan rumah begitupun terpaksa bertahan 15 minit terakhir permainan selepas Ruiz dilayangkan kad merah berikutan terjahan kerasnya terhadap Inaki Williams.
Penyerang Bilbao, Aritz Aduriz memperoleh dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun cubaannya sekadar menggegar palang Villarreal.
Sevilla yang dijadual beraksi, tengah malam ini bertemu Deportivo La Coruna bergelut selepas mengharungi lima perlawanan tanpa kalah.
Itulah Villarreal Hampiri Kelompok 4 Teratas La Liga
Telah selesai dibaca Villarreal Hampiri Kelompok 4 Teratas La Liga link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/04/villarreal-hampiri-kelompok-4-teratas.html
0 Response to "Villarreal Hampiri Kelompok 4 Teratas La Liga"
Posting Komentar