Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25

Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25 - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Malaysia, Artikel Mystery, Artikel Opinion, Artikel Travel, Artikel Trending, Artikel Unik, Artikel Viral, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25
link : Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25

Baca juga


Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25


MALANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ini apabila dibelasah hanya kerana caj tandas 10 baht (RM1.25) kepada pelancong asing yang mahu menggunakan tandas Bangla Road, Phuket, Thailand.

Abdull Seesa yang bekerja untuk mendapatkan wang tambahan dipukul selepas mengenakan caj tersebut kepada seorang pelancong lelaki yang datang bersama rakan-rakannya di kawasan tersebut.

Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup yang jelas memaparkan enam warga asing itu melibatkan tiga pasangan dilihat memasuki premis tersebut.

Menerusi video itu, salah seorang lelaki warga asing itu berulang kali memukul dan menolak budak lelaki yang juga penjaga tandas itu ke dinding.

Rakan kepada pelancong lelaki itu kemudian melarikan diri sebelum seorang lagi penjaga tandas berlari untuk membantu rakannya.

Mirror melaporkan, bapa Abdull, Tohee Seesa menawarkan 5,000 baht (RM6,250) kepada pihak yang membantunya mengesan pelancong yang telah memukul anaknya dalam kejadian 3 Mei lalu.

Menurutnya, lelaki tersebut berusia antara 30 dan 40 tahun serta bertutur dalam bahasa Inggeris, namun tidak diketahui warganegara pelancong tersebut.

“Tandas ini untuk pelancong di Soi Bangla dan anak saya bekerja untuk mendapatkan wang saku tambahan.

“Apalah jenis manusia yang melakukan perkara ini kepada kanak-kanak berusia 10 tahun. Kami akan menangkapnya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC



Itulah Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25

Kami cukupkan dulu artikel Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25 di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25 link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/05/budak-jaga-tandas-dipukul-pelancong-dek.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25"

Posting Komentar