Judul : Disangka Penyangak, Pekerja Baiki Mesin ATM ‘Ditahan’
link : Disangka Penyangak, Pekerja Baiki Mesin ATM ‘Ditahan’
Disangka Penyangak, Pekerja Baiki Mesin ATM ‘Ditahan’
GARA-GARA datang bersama lori di hadapan sebuah bank, dua lelaki ditahan kerana disangka pencuri di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani, Kedah awal pagi tadi.
Kehadiran kedua-dua lelaki bersama dua mesin juruwang automatik (ATM) itu disedari orang ramai kira-kira jam 5.45 pagi sebelum dilaporkan kepada polis.
Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, dua kereta peronda bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan orang ramai mengenai berlaku rompakan atau samun di premis berkenaan.
Menurutnya, anggota polis yang tiba di lokasi mendapati sebuah lori diletakkan di hadapan pintu bank dengan dua lelaki berusia 30-an di dalam premis bersama dua mesin ATM.
“Hasil pemeriksaan kedua-dua lelaki itu mendakwa membuat kerja menukar mesin ATM di bank terbabit dan mereka turut menunjukkan dokumen dari bank sebagai bukti.
“Disebabkan kejadian awal pagi, polis tidak dapat membuat semakan dengan pihak bank dan menahan kedua-dua lelaki untuk siasatan lanjut,” katanya.
Jelasnya, kedua-dua lelaki tersebut dibebaskan selepas pihak bank mengesahkan mereka terlibat dalam kerja menukar mesin ATM di premis itu yang sepatutnya dilakukan jam 9 pagi tadi. – MYNEWSHUB.CC
Itulah Disangka Penyangak, Pekerja Baiki Mesin ATM ‘Ditahan’
Kami cukupkan dulu artikel Disangka Penyangak, Pekerja Baiki Mesin ATM ‘Ditahan’ di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.
Telah selesai dibaca Disangka Penyangak, Pekerja Baiki Mesin ATM ‘Ditahan’ link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/05/disangka-penyangak-pekerja-baiki-mesin.html
0 Response to "Disangka Penyangak, Pekerja Baiki Mesin ATM ‘Ditahan’"
Posting Komentar