Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan

Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Malaysia, Artikel Mystery, Artikel Opinion, Artikel Travel, Artikel Trending, Artikel Unik, Artikel Viral, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan
link : Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan

Baca juga


Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan


KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang memperdaya lebih 80 individu dengan menawar penjualan kereta murah yang tidak wujud membawa padah apabila dia ditahan polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamaruddin Md Din berkata lelaki berusia 42 tahun itu telah ditahan di Sitiawan, Perak jam 3 petang.

“Turut dirampas ialah dua unit telefon bimbit dan enam keping kad mesin juruwang automatik (ATM) serta satu unit komputer riba yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti penipuan itu.

“Suspek dipercayai bergiat aktif sejak tahun lepas dan setakat ini, kami telah menerima sebanyak 81 laporan polis berhubung tindakan suspek ini yang melibatkan kerugian keseluruhan RM218,500,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Kamaruddin berkata, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengiklankan tawaran penjualan kereta murah dalam media sosial seperti Mudah.my, Facebook dan Instagram.

“Mangsa yang berminat dengan kereta tersebut diminta untuk membuat bayaran pendahuluan antara RM500 hingga RM3,000.

“Selepas sehari, suspek akan memaklumkan kepada mangsa bahawa kereta yang ingin dijual itu terdapat pembeli lain yang sanggup membuat pembayaran penuh,” katanya.

Beliau berkata suspek akan menghilangkan diri selepas pembayaran penuh diterima daripada mangsa.

Mohd. Kamaruddin berkata, siasatan lanjut mendapati suspek telah menggunakan 11 akaun bank tempatan milik lima individu dipercayai ‘keldai akaun’ untuk proses transaksi wang dari mangsa kepadanya.

“Kami akan membuat permohonan tahanan reman esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA


Itulah Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan

Kami cukupkan dulu artikel Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/05/lelaki-tipu-jual-kereta-murah-di_10.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan"

Posting Komentar