Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak

Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Malaysia, Artikel Mystery, Artikel Opinion, Artikel Travel, Artikel Trending, Artikel Unik, Artikel Viral, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak
link : Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak

Baca juga


Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak


SEKURANG -kurangnya lima terbunuh dalam letupan bom di terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur pada lewat Rabu, demikian menurut laporan agensi berita Indonesia, Antara.

Dilaporkan 10 orang awam turut cedera dalam kejadian dua letupan bom, yang berselang lima minit, disyaki kes letupan oleh pengebom bunuh diri pada kira-kira 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Agensi itu melaporkan setakat ini, dua yang terbunuh masing-masing adalah lelaki dan wanita. Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Jatinegara, Jakarta Timur.

Laman tempatan Detik.com melaporkan seorang pegawai polis mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat insiden tersebut. Polis sudah dikerah berada di tempat kejadian.

Maklumat masih tidak jelas tetapi beberapa saksi berkata letupan pertama dan kedua berlaku selang lima hingga 10 minit berdekatan perhentian bas dan tempat letak motosikal.

Pengendali pengangkutan awam bandar raya itu, Transportasi Jakarta, kini melencongkan perjalanan bas dari terminal berkenaan buat sementara waktu.

Polis masih belum mengetahui punca letupan, tetapi beberapa gambar dan video dari tempat kejadian yang tersebar tidak lama selepas itu menunjukkan terdapat cebisan daging manusia.

Malaha bahagian-bahagian tubuh yang terpisah dari badan, termasuklah apa yang kelihatan seperti kepala manusia tercampak di perhentian bas di situ.

Sementara itu Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat ini, tiada warga Malaysia dikesan menjadi mangsa berikutan insiden berkenaan.

“Setakat ini, kejadian tersebut masih disiasat oleh pihak polis Indonesia,” katanya. Ia dipercayai berlaku dekat tandas yang musnah akibat kedua-dua letupan tersebut.

“Ya terdapat letupan yang berlaku. Kami sedang menyiasat punca letupan itu,” kata Setyo Wasisto, ketua jabatan perhubungan awam polis kepada portal Detik.com.

Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang memantau perkembangan insiden tersebut dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa terbabit. – mStar Online


Itulah Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak

Kami cukupkan dulu artikel Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/05/letupan-di-jakarta-timur-anggota-badan_25.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak"

Posting Komentar