Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman

Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Malaysia, Artikel Mystery, Artikel Opinion, Artikel Travel, Artikel Trending, Artikel Unik, Artikel Viral, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman
link : Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman

Baca juga


Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman


BATU GAJAH – Mahkamah Majistret di sini membenarkan seorang wanita direman empat hari bermula hari ini kerana membuat laporan palsu mendakwa dia diculik pada 3 Mei lalu.

Majistret Mohd Fitri Sadarudin membenarkan wanita berumur 40-an itu direman sehingga 13 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 182 kerana membuat keterangan palsu.

Baru-baru ini, akhbar tempatan melaporkan tular di laman sosial berhubung seorang wanita mereka-reka cerita kononnya dia diculik ketika menghantar barangan kepada pelanggan di Taiping, pada 3 Mei lalu.

Suspek juga ditahan ketika sedang bekerja di sebuah taska di Shah Alam, Selangor kira-kira 10 pagi semalam.

Prosiding reman terhadap suspek yang merupakan isteri kepada seorang anggota polis di Seri Iskandar dekat sini itu dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah dekat sini hari ini.

Terdahulu, wanita itu yang berpakaian baju lokap ungu tiba kira-kira pukul 9.30 pagi dengan diiringi dua anggota polis wanita sebelum keluar lima minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Mohamad Zainal Abdullah berkata wanita itu dipercayai sengaja mereka-reka cerita mengatakan dia diculik.

“Beliau telah menghantar gambar kepada suaminya mengatakan telah diikat dan dilarikan orang. Beliau juga telah menghantar pesanan suara seolah-olah meminta tolong.

“Kita berjaya menemui mangsa dan mendapati beliau berbuat demikian kerana hendak lari daripada ramai orang yang mencarinya disebabkan masalah hutang dan sanggup menipu suaminya mengatakan dilarikan orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Polis, kata Mohamad Zainal, sedang mencari seorang lelaki bernama ‘Wan’ yang merupakan kenalan wanita terbabit berkaitan kes penculikan palsu itu.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan siasatan awal mendapati suami kepada suspek tidak terlibat dalam rancangan penculikan tersebut. – BERNAMA


Itulah Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman

Kami cukupkan dulu artikel Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/05/wanita-buat-laporan-palsu-dakwa-diculik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman"

Posting Komentar