Projek Pengerang Beri Peluang Anak Tempatan Timba Pengalaman

Projek Pengerang Beri Peluang Anak Tempatan Timba Pengalaman - Hai sobat MALAYSIA NEWS TODAY, Di Artikel yang anda baca kali ini mengambil judul Projek Pengerang Beri Peluang Anak Tempatan Timba Pengalaman, sebelumnya telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. Semoga sahaja isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel Tips Opinion, Artikel Trend, Artikel Viral, tulisan dari kami ini dapat anda pahami. Oke, happy reading.

Judul : Projek Pengerang Beri Peluang Anak Tempatan Timba Pengalaman
link : Projek Pengerang Beri Peluang Anak Tempatan Timba Pengalaman

Baca juga


Projek Pengerang Beri Peluang Anak Tempatan Timba Pengalaman

JOHOR BAHRU- Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) bukansahaja membuka pintu pelaburan dari luar negara malah pada masa sama turut mencipta peluang dan ruang bagi penduduk tempatan khususnya orang muda untuk pergi lebih jauh. Apabila siap sepenuhnya, projek PIPC dijangka menyediakan lebih 60,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang dengan keutamaan kepada rakyat tempatan. Antara individu terawal yang menerima manfaat ini adalah pemilik dan pengusaha kantin Ta’awanuResources Mohd Hafiz Azmi, 35, yang kini sedang menjalankan perusahaan kantin di dalam PIPC. Beliau yang telah menjalankan perniagaan selama setahun berkata cabaran utama yang dihadapinyaadalah cara menyediakan makanan yang dapat memenuhi citarasa setiap pekerja projek berkenaan. “Dalam projek ini terdapat pekerja yang datang daripada pelbagai latar belakang dan negara, jadi citarasasetiap orang itu berbeza. Tugas saya adalah memastikan setiap makanan yang dihasilkan itu sedikit sebanyakmemberikan kepuasan kepada mereka,” kata beliau kepada Bernama ketika ditemui di sini baru-baru ini. “Makanan merupakan elemen paling penting dalam sektor pekerjaan seperti ini, kerana kalau makanan tidaksedap, moral pekerja boleh terjejas, makanan yang tidak sihat pula boleh menyebabkan kualiti kerja tidak bagusdan macam-macam lagi,” katanya. Berpengalaman menyediakan makanan selama 10 tahun, kini Mohd Hafiz menyediakan makanan kepada40,000 pekerja di PIPC yang menurutnya cabaran yang bukan mudah dan pengalaman paling berharga. “Meniaga kantin ini juga bukanlah mudah kerana kita perlu mendapat pengiktirafan skim pensijilan SistemAnalisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya. Beliau dalam pada itu turut menyangkal dakwaan bahawa adalah sukar untuk mendapatkan pekerjaanterutamanya kepada golongan muda. “Dalam apa jua kerja yang kita lakukan sama ada meniaga atau bekerja, kita perlu mempunyai hati yang cekal, dan ada keinginan yang tinggi untuk berjaya, kalau tidak susah untuk kita bangkit dan teruskan mencuba,”katanya. Walaupun berpengalaman 10 tahun, masih terdapat banyak perkara yang perlu dipelajarinya kerana perlubersaing dengan penyedia makanan yang lebih besar dan lebih berpengalaman daripadanya.…


Itulah Projek Pengerang Beri Peluang Anak Tempatan Timba Pengalaman

Kami cukupkan dulu artikel Projek Pengerang Beri Peluang Anak Tempatan Timba Pengalaman di kesempatan kali ini, semoga sahaja bisa memberi manfaat untuk anda semua. terima kasih sudah membacanya, kita berjumpa di postingan artikel lainnya.

Telah selesai dibaca Projek Pengerang Beri Peluang Anak Tempatan Timba Pengalaman link sumber https://malaysianewstodays.blogspot.com/2017/08/projek-pengerang-beri-peluang-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Projek Pengerang Beri Peluang Anak Tempatan Timba Pengalaman"

Posting Komentar